Sunday, November 7, 2010

bagai mana usana merawat penyakit.

Rawat Penyakit Dengan Supplement


Bagaimana saya merawat diri sendiri dan keluarga
Derita yang ditanggung akibat menghidap berbagai-bagai penyakit memberikan kesedaran kepada saya untuk kembali berserah kepada Allah secara mutlak. Dalam proses mendalami ilmu ketuhanan dengan membaca dan mengkaji Al-Quran dan hadith terutama pada bab-bab penyakit dan kesembuhannya, saya diberikan petunjuk-petunjuk yang banyak dan jalan-jalan ke arah penyembuhan penyakit. Di antaranya ialah:
  1. Dan kami turunkan dari Al-Quran itu sesuatu yang menyembuhkan dan menjadi rahmat untuk orang-orang beriman.
  2. Apabila aku sakit, Allahlah yang menyembuhkanku.
  3. Setiap penyakit itu ada ubatnya.
  4. Allah S.w.t menurunkan ubat terlebih dahulu sebelum menurunkan penyakit.
  5. Berubatkah kamu dengan Al-quran dan Madu.
  6. Beramallah kamu dengan Habbatus Sauda ini kerana didalamnya terdapat penyembuh bagi segala penyakit kecuali penyakit mati.
  7. Rasulullah menyuruh kita memakan kurma Ajwa untuk mengelakkan dari penyakit dan sihir.
  8. Rasulullah menggalakkan kita meminum air zam-zam untuk menyembuhkan penyakit.
  9. Al-Quran menceritakan perihal madu lebah untuk kegunaan manusia.
  10. Rasulullah mengamalkan meminum susu.
  11. Rasulullah menyuruh kita mencari ubat bagi penyakit yang kita hadapi.
  12. Rasulullah melarang kita berputus asa dalam banyak perkara terutama ketika menghidap penyakit.
  13. Penyakit adalah ujian dari Allah untuk melihat siapa yang lebih beriman.
  14. Allah tidak menjadikan penyakit melainkan untuk mengampunkan dosa pesakit.
  15. Allah menyuruh kita memakan makanan yang halal dan baik (tidak memudharatkan)
  16. Allah melarang kita memakan benda-benda yang boleh merosakkan kesihatan kita (rokok misalnya)
  17. Rasulullah suka memakan buah kurma, susu dan madu.
  18. Rasulullah jarang-jarang memakan daging. Ada riwayat yang mengatakan sekali dalam masa 40 hari.
  19. Berpuasalah kamu nescaya kamu sihat.
  20. Perut adalah kilang penyakit.
  21. Di dalam Al-Quran terdapat banyak ayat-ayat yang menyebut tentang buah-buahan dan tanam-tanaman seperti buah zaitun, kurma, anggur, tin dan sebagainya.
Bagi diri saya, petunjuk-petunjuk di atas dengan jelas memberitahu kita bahawa penyembuhan dari penyakit ada terdapat di dalam penggunaan:
  1. Ayat-ayat Al-Quran
  2. Buah-buahan (Anggur, kurma, zaitun, tin)
  3. Tumbuh-tumbuhan (herba seperti habbatus sauda, spirulina dan inai),
  4. Susu
  5. Madu
  6. Air mineral
AL-Quran juga ada memberitahu kita secara tidak langsung tentang unsur-unsur tertentu yang mempunyai manfaat kepada manusia tetapi ia mempunyai kesan sampingan yang tidak baik untuk kesihatan. Dalam hal ini, unsur-unsur tersebut hanya boleh digunakan dalam keadaan darurat sahaja. Sebagai contoh, Allah mengharamkan darah dan daging babi ke atas kita. Tetapi sekiranya keadaan menjadi darurat, kita dibolehkan mengambilnya tanpa berdosa. Namun begitu, kesan sampingan yang negatif dari menggunakan daging babi tadi akan tetap memudharatkan kita.
Penggunaan ubat-ubatan yang berunsur dadah juga jatuh dalam kategori memberi manfaat kepada manusia tetapi mendatangkan kesan yang negatif. Pengambilan "prescription drug" mestilah di atas dasar dharurat kerana ia mendatangkan kesan negatif yang tidak baik kepada kesihatan kita, terutama apabila diambil secara perpanjangan. Prescription drug atau ubat-ubatan hospital adalah merupakan jalan penyelesaian sementara untuk penyakit-penyakit yang masih belum dijumpai ubatnya. Jalan penyelesaian sementara dengan mengambil ubat-ubatan hospital ini sebenarnya akan bertukar menjadi masalah kesihatan yang lebih besar kepada pesakit. Malah masalah ini mungkin boleh menjadi lebih besar dari penyakit yang dihidapi oleh pesakit tersebut pada awalnya.
Kesan dari penggunaan dadah ini boleh mengakibatkan kerosakan buah pinggang dan hati yang teruk. Banyak kajian-kajian kesihatan yang dijalankan di negara Amerika Syarikat menunjukkan bahawa punca kematian utama rakyat mereka ialah kerana pengambilan prescription drug.
Kesimpulannya, untuk merawat diri anda dari sebarang penyakit, berusahalah berubat dengan kaedah-kaedah seperti disarankan oleh agama Islam seperti 6 perkara yang telah disenaraikan seperti di atas. Insya Allah, kesembuhan ada disitu. Jauhilah diri anda dari mengambil ubat-ubatan hospital. Bayangkanlah, sekiranya anda terdesak kehabisan bekalan makanan, sanggupkah anda memakan daging babi? Saya tidak fikir, saudara akan kehabisan segala alternatif yang ada sehingga terpaksa memakan daging babi. Begitu juga saya tidak fikir saudara kehabisan bahan-bahan perubatan sehingga terpaksa mengambil ubat-ubatan hospital.
Setelah mengetahui rahsia kesihatan dan kesembuhan dari penyakit dengan mengamalkan 6 perkara di atas, Alhamdulillah kesihatan saya dan ahli keluarga bertambah baik. Kami sekeluarga amat jarang dijenguk penyakit, amat jarang berjumpa doktor. Sejak itu, tahun 2001, kami sekeluarga dapat menjimatkan wang kos perubatan dan menggunakan bajet perubatan untuk pencegahan penyakit dengan membeli suplemen-suplemen berkualiti tinggi yang berasaskan 6 perkara di atas.
Mutakhir ini terdapat banyak syarikat-syarikat berteraskan kesihatan mengeluarkan suplemen beraraskan 6 perkara di atas. Mereka telah mempunyai idea dan kaedah yang betul untuk memberikan pelanggan mereka kesihatan yang terbaik. Namun kebanyakan dari syarikat-syarikat tersebut gagal mengeluarkan produk-produk yang berkualiti tinggi yang dijamin jumlah kandungannya seperti yang terdapat pada label. Mereka juga tidak mempunyai formula yang tepat, berapa banyakkah jumlah dosej bahan-bahan tertentu yang perlu diambil oleh pengguna untuk mendapatkan kesihatan yang optimum.
Hanya segelintir syarikat sahaja yang dapat menjamin bahawa produk mereka dijamin jumlah kandungannya, bebas dari pencemaran dan larut di dalam badan sepenuhnya. Mereka telah mendapat sijil pengesahan daripada NSF bahawa produk-produk mereka benar-benar bermutu tinggi. Di antara syarikat tersebut yang mendapat kepercayaan saya ialah USANA Health Sciences.

Saya telah menggunakan supplement berkualiti terbaik selama 1 tahun dan dapat merasakan perubahan pada diri saya seperti yang telah dijelaskan di perenggan-perenggan di atas. Saya merasakan kesihatan diri saya seperti seolah-olah saya masih berusia 20an. Supplement berkualiti terbaik adalah berasaskan kepada 6 perkara di atas, malah syarikat mereka menambah lebih banyak lagi bahan-bahan dari tumbuh-tumbuhan yang disarankan oleh sains boleh mendatangkan faedah kesihatan kepada manusia seperti bayam, bunga matahari, buah limau dan berbagai-bagai lagi.
Dengan supplement berkualiti terbaik, saya sudah tidak perlu mengambil 6 bahan-bahan asas kesihatan di atas. Supplement berkualiti terbaik sudah mencukupi. Semua ahli keluarga saya berjumlah 6 orang mengambil supplement berkualiti terbaik. Semua ahli warga kerja Software Trading (7 orang) tempat saya bekerja, mengambil supplement berkualiti terbaik. Semua saudara lelaki dan perempuan saya berjumlah 10 orang mengambil supplement berkualiti terbaik.
  

Pengalaman Merawat Orang Sakit.

Sebagai seorang perawat dan pengamal supplement berkualiti terbaik, saya berasa amat gembira kerana kesihatan saya bertambah baik dari semasa ke semasa. Bukan sahaja saya sihat, malah prestasi saya di bidang sukan begitu menonjol sekali. Saya boleh melakukan aktiviti-aktiviti yang dilakukan oleh mereka yang berusia 20an. Saya juga berasa gembira dapat menolong menyembuhkan pesakit-pesakit yang datang meminta pertolongan saya. Hati kita akan berasa amat lapang seolah-olah beban di dada terangkat ke langit apabila seorang pesakit mengucapkan terima kasih kepada kita kerana mereka sudah sembuh dari penyakit. Perasaan ini hanya dapat dirasai oleh mereka yang merawat sahaja.
Saya juga berasa amat gembira apabila syarikat USANA Health Sciences memberikan imbuhan kewangan kepada saya kerana mempromosikan produk-produk mereka kepada pesakit-pesakit saya. Saya mempromosikan produk-produk mereka bukan kerana imbuhan kewangan tetapi kerana produk mereka benar-benar berkesan dalam membantu  menyembuhkan pesakit (Kalau tak berkesan, kredibiliti saya terancam). Saya sudah melihat ramai pesakit yang sembuh melalui pengambilan supplement berkualiti terbaik di bawah pengawasan saya.
Sehingga kini, kepercayaan saya terhadap kemampuan Al-Quran dan supplement berkualiti terbaik di dalam merawat pesakit mengatasi kepercayaan saya kepada doktor dan hospital di dalam merawat apa-apa jua penyakit. Malah saya pernah merawat seorang pesakit yang ada pertalian keluarga dengan saya di mana seorang doktor mengingatkan beliau supaya membuat pembedahan usus yang sedang membengkak. Jika dibiarkan, usus tersebut boleh pecah dan boleh membawa kepada kematian. Alhamdulillah, hanya berbekalkan ayat-ayat- Al-Quran, doa-doa yang diajarkan nabi dan supplement berkualiti terbaik, pesakit tersebut sembuh hanya dalam masa 1 hari. Ini semua kuasa Allah berkat dengan penggunaan bahan-bahan yang baik lagi halal yang diceritakan oleh nabi.
Sebagai seorang perawat, saya telah merawat pesakit yang menderita berbagai-bagai jenis penyakit. Pengajaran utama yang saya dapat apabila menghadapi pesakit ialah betapa beruntungnya saya kerana Allah tidak menguji saya dengan sakit yang sedemikian. Pada masa yang sama, Allah meletakkan di hati saya derita yang dirasai oleh pesakit. Saya dapat merasakan kesakitan pesakit tanpa menghidap penyakit tersebut. Hal ini membuatkan saya berasa amat simpati kepada pesakit dan memberi kekuatan kepada diri untuk meneruskan kerja-kerja kemasyarakatan membantu merawat mereka yang sakit sedaya termampu.
Semakin mendalam kasih sayang kita kepada seseorang yang sakit, maka semakin pedih derita yang kita rasai akibat kesakitannya. Bayangkan perasaan anda apabila melihat anak anda yang berumur 1 tahun yang sedang mengidap penyakit lelah tercungap-cungap menarik nafas. Apabila di bawa ke hospital, doktor memasukkan tiub ke dalam paru-paru anak anda melalui hidung untuk menyedut kahak yang berlebihan. Anak anda menjerit meraung-raung kesakitan yang amat sangat. Bukan sahaja si anak yang menderita, malahan ibu bapa yang melihat lebih lagi merasakan penderitaannya.
Pada ketika itu, masalah-masalah kehidupan harian nampak begitu kecil sekali berbanding dengan apa yang sedang dihadapi. Apa-apa prosedur kesihatan yang doktor cadangkan akan segera diterima oleh ibu bapa tanpa banyak memikirkan tentang kos. Ketika itu wang menjadi faktor kedua. Perkara ini sebenarnya terjadi kepada anak saya yang ke dua. Segala ujian-ujian kehidupan seharian seperti kesempitan kewangan, masalah-masalah berkaitan keluarga dan masyarakat dapat dihadapi dengan lebih redha memandangkan ujian-ujian ini tidaklah sehebat ujian kesihatan. 
Untuk 6 tahun pertama merawat orang sakit, saya menggunakan doa-doa yang diajarkan nabi dan ayat-ayat Al-Quran yang ditiupkan ke dalam air. Air diberi minum kepada pesakit. Untuk tahun ke 7 pula, saya menggunakan cara yang sama tetapi tiupan di buat pada air dan supplement berkualiti terbaik. Dalam banyak kes, saya dapati bahawa pesakit yang mengamalkan supplement berkualiti terbaik yang dijampi akan lebih cepat mendapat kesembuhan. Saya boleh katakan bahawa kadar penyembuhan adalah melebihi 90%.
Ada sesetengah pesakit begitu taksub dengan keupayaan supplement berkualiti terbaik sehinggakan mereka menjadi jentera promosi produk yang baik kepada saudara-saudara dan kaum kerabat terdekat. Dengan berbuat begitu, mereka juga mendapat imbuhan kewangan bagi kerja-kerja promosi barangan yang dilakukan. Kesihatan mereka bertambah baik, mereka dapat membantu orang sakit yang lain, dan mereka dapat rezeki tambahan melalui USANA. Alangkah bahagianya hidup mereka di dunia ini. Inilah situasi yang sedang berlaku di dalam kumpulan kami. Marilah sertai kami bersama-sama membina kesihatan dan sumber kewangan yang lebih baik. Semoga Allah s.w.t sentiasa memberkati dan merahmati hidup saudara semua di dunia dan di akhirat. Amin.




manisa78@yahoo.com
phone 019-671 7397
03-8945 4140

No comments: